Thursday, January 14, 2010

1Malaysia : United We Stand!

( actually tak tahu apa makna post ini )

Lately, 1Malaysia dah jadi Malaysian's Common Phrase..
Its sound so GOOD, soo ELEGANT and soo PASSIONate !! =))
Asoo we can now find this consept being applied in many things..
Clinic 1Malaysia la, Hospital 1Malaysia, Zone 1Malaysia..

But do u really understand the meaning of it ?



( Ringkasan Drpd Abstrak Tamadun Asia Tenggara )
"Penubuhan Persekutuan Malaysia adalah berasaskan kepada persefahaman dan kerjasama erat antara masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu pada masa tersebut. Tertubuhnya Malaysia adalah daripada persepakatan rakyatnya, MAKA Pembangunan Dan Kemajuan Terletak dalam Tangan Rakyatnya. Pada tahun 1998, Konflik Ekonomi menimpa hampir semua negara di dunia khususnya negara membangun dan negara dunia ketiga. PM Malaysia pada masa tersebut, Tun Dr Mahathir Mohammad menolak tawaran Bank Dunia untuk meminjamkan dana bagi pembangunan semula negara daripada krisis inflasi dan kejatuhan ekonomi kritikal pada masa tersebut.


Joseph Sglitz, bekas Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia pada masa itu turut menyetujui tindakan Tun Dr. Mahathir. Sglitz yang pernah bertemu dengan Tun Dr. M amat memahami rasional dan kebenaran yang terkandung dalam setiap tindakan PM pada masa itu. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik. Pemulihan ekonomi tidak hanya bergantung kepada dana yang sangat besar. Dalam sebuah negara seperti Malaysia, pembangunan ekonomi haruslah selari dengan kerjasama dan kekukuhan etnisiti rakyat Malaysia. Masalah ekonomi bermaksud masalah dalam etnisiti Malaysia sendiri, maka pemulihan haruslah bermula daripada etnik yang berganding bahu dalam menyelesaikan masalah ini.


Tun Dr. Mahathir menyedari bahawa penerimaan dana daripada Bank Dunia bakal merobohkan sebuah negara yang berlandaskan masyarakat multiracial yang cuba dibina untuk hampir 50 tahun. Beliau dan pihak kerajaan merangka satu program pemulihan yang sangat intensif dan kukuh dalam memulihkan ekonomi dan membangunkan semula Malaysia seperti sekarang. "


** Secara ringkasnya : Hubungan etnisiti = Perpaduan kaum adalah elemen penting dalam pembangunan negara! Hubungan timbal balik yang sangat kuat antara 2 elemen ini mencerminkan betapa pentingnya kekukuhan hubungan antara rakyat Malaysia.

Pembentukan 1Malaysia bertujuan untuk mewujudkan imej, rupa bangsa rasmi rakyat Malaysia untuk pembentukan sebuah negara yang unggul. Kewujudan tamadun Barat yang kini berusia lebih 400 tahun pada dasarnya berdasarkan kepada kompetensi, kekuatan dan kesungguhan mereka dalam menguasai bidang ilmu dan ekonomi, juga daripada kestabilan ekonomi dan etnisiti.

Justeru itu, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan pada tahun lalu menjadi salah satu tapak untuk membina sebuah negara bangsa Malaysia yang gah dan kukuh di persada dunia menepati matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi Malaysia sebuah negara maju tidak hanya dalam ekonomi, malahan dalam aspek perpaduan kaum dan sosiobudaya yang unggul.


This is my understanding dalam pembentukan 1Malaysia.
** Tak boleh hurai terlalu banyak nanti kena saman! =))
To me :: Wateva u believe u should understand first.

Kewujudan sesuatu tamadun adalah
bermula daripada kejatuhan tamadun sebelumnya.
"Salah satu faktor kemusnahan sesuatu tamadun adalah apabila rakyatnya melupai sejarah dan mengambil remeh tentang keunggulan
dan kepentingan bangsanya."

LOVE Malaysia, UNITED We stand
--> 1Malaysia, We are UNIQUE! =)












No comments:

Post a Comment