Tuesday, April 13, 2010

Physiology and Study Time? (Part 1)


Ya title memang kasi GEGAR kan?
Hakikatnya itulah saya dalam 2 hari ni..
memang sakit perut sangat-sangat kerana Menstrual Cycle dalam stage 2..
First memang tido je la TREATMENT Terbaik utk tidak merasai kesakitan ini.
memandangkan menurut kajian, menstrual pills will increase
the possibility of LIVER CANCER by 3.7%!
Wah nampak kecil tapi high ok!
Secondly, kerana tidur persediaanku untuk next paper iaitu Organic Chemistry
yg merupakan one of the toughest paper dalam course ini :: GOYAH! =(
Itu hakikat final preparation saya..
Kalau anda tanya saya mengapa tidak study awal,
jawapan saya.. "Ya sy sudah study awal tp itu semasa tamat lecture weeks ago.."
And my long-terms memory takkan membantu sgt dalam mendapatkan 8/10 utk setiap Qs..
Mahu mengadu kepada ibuku, tentulah akan merisaukannya..
Maka, sbg anak solehah saya diam sahaja n bear the pain!

Tapi, sekarang saya menambah kerja dgn BLOGGING !
hanya ini webpage yg WiFi UKM KL mampu load dengan pantas.
Bukan setakat mengarut di halaman saya,
bahkan saya sudah menjelajah beratus-ratus blog orang..
Wahh di malam ini, itu kerja saya.. ;) Ada banyak lagi kerja yang telah ku laksanakan seperti mengemas harta karun utk pulang semester break nanti..
Saya memang agak EMOSI lately, maklumlah next week paper EMOSI ! ;)

Semasa STALKing FB teman-teman Gediks saya,
teringat sejarah lama di zaman sekolah..
Saya masik muda wokiey! baru 3 tahun tinggalkan sekolah..
Ermm corrections : baru 2 tahun 6 bulan meninggalkan sekolah lama saya..
Dari sekolah rendah hingga menengah, itulah tempat saya kunjungi..
Di situ lah saya membina hidup saya.. Oops dalam context itu,
sekolahlah tempat saya membesar.. Di sanalah sy bertemu kawan-kawan..
yg gedik ada, yg tak gedik ada..
Yang diam ada, yang bising "gagak-murai-kalah-takle-tahan" pun ada tau! ;)
yg rajin hadap buku ada, yg rajin bersolek ada, yg rajin cakap 'buatkerjamalas" pun ada..
secara ringkasnya, MACAM-MACAM Ada..

Sekolah sy SMK (P) Methodist Klang,
Jln Raya Barat, 41250 Klang, Selangor Darul Ehsan! =)
Full address lagi, nampak semangat dan cinta saya kepada sekolah sangat kukuh bukan? ;)
Dulu tidak kusedari semua ini, tapi kini memang kalau fikir sy memang sgt selalu mahu/ingin/wajib/harus kembali semula kesekolah! nak jadi student balik..
nak pakai uniform sekolah balik, tp nak apply uniform prefects yg CEKAPPS tu!
taknak pakai baju kurung hijau-turqoise macam budak lain! Haha. Wahh demand sy..
Sangat merindui gang-gang saya di sekolah, di luar sekolah, di lain sekolah..
Wahh memang betul inilah zaman kegemilangan saya.. =)
dari aspek akademik, kokurikulum, sahsiah dan juga..
ehm, ehmm mmg ada pengikut la,, ;)


Saya bukan lahh student yang sangat bijak pandai dalam akademik ataupun
handal dlm sukan..tapi bolehh kata saya involve la dlm erti kata menyemak dalam team tu
sbb sy mmg malas attend class.. tp bersyukur kpd tuhan sbb otak sy memang species
senang pick-up and boleh faham apa yg saya study dgn cepat.
Oops bukan takbur, cuma nyatakan..
Tapi sy tak minum Susu yg menganduni DHA, AA dan semua kelas nutrient yg perlu untuk perkembangan otak! benar tau kerana sy stop breastfeeding semasa
berumur 1 thn 8 bulan dan tidak minum susu slps itu! :D Ibu pun risau takut otak sy
ada probs kalau tidak mengambilnya, tetapi seakan terkejut n pening n ragui kenyataan
scientific apabila melihat results exam! eyhh sy sudah mula POYO! (maafan sy! :P ) haha..

Kembali ke sekolah..

* akan bersambung slps ini..













No comments:

Post a Comment